Tuesday, 1 May 2012
PRINSIP ASAS IKTIAR HIDUP DALAM HUTAN
Adakalanya, seseorang pengakap atau sekumpulan pengakap menghadapi dirinya atau kumpulannya didalam suatu situasi semasa megembara didalam hutan dimana makanan yang dibawa telah kehabisan atau kurang. Adalah sangat penting didalam keadaan sebegini apakah makanan yang terdapat didalam hutan yang boleh di makan.
Situasi yang lebih teruk boleh berlaku dimana seseorang Pengakap atau Kumpulan Pengakap itu sesat latihan semasa membuat latihan mejelajah atau exipedisi dalam hutan.
Dalam keadaan sebegini, seseorang Pengakap yang terlatih harus tahu bagaimana hendak hidup diatas bumi hutan kita dan bagimana hendak bergerak dengan tepat didalam hutan berkenaan. Dia kemungkinan perlu melakukan ini dalam satu jangka masa yang lama dan perlu menunjukan disiplin diri dan inisiatif yang paling tinggi jika dia mahu terus hidup dan keluar dengan selamat dari hutan tersebut.
Apabila kita sesat dalam hutan, factor yang paling penting ialah melawan untuk terus hidup dan kemahuan untuk beriktiar. Tidak ramai dari kita yang tahu apakah kemampuan kita sebenarnya sebab jarang sekali diri kita di letakkan dalam suatu keadaan yang melampaui had maxima kemampuan pisikal dan mental kita. Keperluan pertama untuk ikhtiar hidup adalah dari kemampuan mental. Daya pengerak dalam ikhtiar hidup adalah ketahanan mental ia itu kemahuan untuk terus hidup.
Persiapan mental adalah juga penting. Kita selalu ingat sesuatu malapetaka itu tidak mungkin akan terjadi pada diri kita – kita kata ianya hanya akan terjadi pada orang lain. Cuba Tanya orang yang mendapat kemalangan kereta – adakah pernah mereka terfikir yang ianya akan terjadi pada mereka? Kebanyakkan akan kata ianya akan berlaku pada orang lain dan tidak terfikir yang ianya akan berlaku kepadanya. Kita perlu sedar, keperluan untuk berikhtiar hidup didalam hutan semasa membuat latihan atau semasa pengembaraan mungkin akan berlaku pada diri kita. Oleh itu kita hendaklah SENTIASA BERSEDIA untuk menghadapinya. Anda boleh bersedia untuknya dengan menyedari tentang masaalah mental yang perlu diatasi, dengan memahami undang asas untuk berikhtiar hidup, dan setiasa membawa kit ikhtiar hidup semasa membuat latihan di pedalaman hutan, atau semasa menaiki pesawat terbang atau kapal di laut.
KETAKUTAN
Antara kebanyakkan kepayahan-kepayahan yang anda akan hadapi, perasaan takut adalah halangan yang paling tinggi. Ketakutan kita akan berkurangan apabila keadaan yang mencemaskan itu telah menjadi normal. Ada berbagai cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi perasaan takut ini. Ketakutan yang paling penting adalah seperti berikut:
a. Takut terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui,
b. Takut disebabkan ketidak selesaan,
c. Takut disebabkan kelemahan diri sendiri.
Ketakutan terhadap perkara-perkara yang tidak di ketahui boleh diatasi dengan mudah anda ikuti latihan ikhtiar hidup dengan sepenuhnya dan membiasakan diri didalam hutan.
Ketakutan yang disebabkan oleh tidak selesa juga boleh diatasi dengan cara yang sama. Mempelajari cara-cara membuat perlindungan dan pondok rehat dari bahan-bahan asli akan memastikan anda dapat tidur malam dengan selesa.
Ketakutan disebabkan kelemahan diri sendiri berpunca dari kurangnya keyakinan terhadap pengetahuan kita dan ianya lebih sukar diatasi dari kedua-dua jenis ketakutan diatas. Sebagai seorang Pengakap kita harus mengambil kesempatan untuk mempelajari apa sahaja yang boleh tentang alam sekitar kita terutamanya tentang hutan kita. Kita juga akan mempunyai keyakinan yang tak ternilai tentang diri kita jika kita cergas secara pisikal setiap masa. Adalah objektif kedua Pengakap untuk sentiasa berkaadan cergas dari segi kesihatan dan pisikal setiap masa. Kita juga mesti sentiasa memberitahu diri kita bahawa “ apa orang lain telah lakukan – saya juga boleh”
Semasa saya dalam tentera, saya sentiasa menasihati anggota-anggota saya tentang “KEBERANIAN”. Pada saya “keberanian itu adalah kemampuan melawani ketakutan. Tetapi orang yang tidak takut adalah orang bodoh dan tidak berakal”. Jika kita tidak takut dan berani membabi buta atas semua perkara, pasti kita akan membuat kesilapan. Perasaan ketakutan itu baik sebab ianya memberi ruang untuk kita fikir untuk mengatasinya dengan baik dan selamat.
UNDANG – UNDANG ASAS IKHTIAR HIDUP
Berikut adalah undang-undang asas yang harus di ikuti jika anda hendak memberi peluang kepada diri anda untuk berikhtiar hidup:
a. Simpan Tenaga anda. Semasa bergerak rehat sepuluh minit setiap sejam perjalanan. Jangan membuat perkara yang memenatkan kecuali anda terpaksa melakukannya.
b. Elakkan keletihan. Orang kata, Rom tidak di bina dalam sehari. Jangan cuba berjalan sepanjang malam dan siang. Jangan memikul barang yang berat jika boleh dielakkan.
c. Dapatkan tidur yang cukup. Walaupun jika anda tidak boleh tidur pada mulanya, cuba baring dan rehat, tenangkan diri dan lapangkan fikiran.
d. Elakkan dari merasa risau. Adalah biasa untuk risau; tetapi ianya tidak mendatangkan apa-apa kebaikan langsong. Kerisauan hanya menolong merendahkan semagatkita sahaja. Fikirkan apakah masaalah anda, cari jalan yang terbaik yang anda mampu lakukan, fikirkan langkah keselamatan yang terbaik dari segala bahaya yang mungkin dihadapi dan hentikan kerisauan. Tumpukan tenaga anda kepada perkara-perkara lain.
e. Berhenti awal disiang hari untuk membuat khemah anda. Anda memerlukan masa untuk memilih tapak perkhemahan yang selamat. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk memburu atau mencari makanan, maka berilah masa ini untuk anda.
KIT IKHTIAR HIDUP (SURVIVAL KIT)
Masa saya didalam tentera dulu, setiap kali saya masuk hutan atau menaiki pesawat terbang, saya sentiasa satu kotak atau bukusan kecil yang saya namakan Kit Ikhtiar hidup. Oleh yang demikian saya mencadangkan supaya setiap Pengakap harus membawa Kit Ikhtiar Hidup ini setiap kali membuat latihan di hutan. Kit ini sangat mudah hendak di buat dan benda-benda yang diperlukan adalah muruh untuk di perolehi. Sesuatu Kit Ikhtiar Hidup hendak lah kecil dan ringgan. Kit ini bukan untuk kegunaan harian tetapi untuk kegunaan kecemasan sahaja. Kit ini harus di ikat terus kepada tali pinggang dan di pakai setiap masa semasa dalam latihan hutan. Bawa dia dimana sahaja anda pergi walau pun anda hendak pergi mandi disungai.
Kit Ikhtiar Hidup ini mengandongi tiga bahagian asas: Bahagian ubatan, bahagian makanan dan bahagian kegunaan am. Saya mencadangkan pengisian setiap Kit Ikhtiar hidup hendaklah mengandungi barang-barang berikut:
a. Ubat-Ubatan
(i). 1 X Peket Tablet Piriton (Ubat gatal dan kesakitan dari gigitan serangga)
(ii). 1 X peket Tablet Anti Malaria (untuk di makan sebiji seminggu sekali )
(iii). 1 X Peket Codeine (1-2 biji di makan untuk sakit/pening kepala)
(iv). 1 X Peket Ubat Cirit birit
(v). 1 X Tiub krem luka
(vi). Flavin
(vii). 1 X Gulung pembalut luka.
( Masukan ubat-ubatan ini didalam satu beg plastic yang berasingan)
b. Makanan.
(i). 1 X Peket Holicks talets
(ii) 1 X Peket Gula Gula Glucose.
(iii). Beberapa peket perencah sup atau kuib sup ayam atau daging.
c. Barangan Kegunaan Am.
(i). 5 meter tali
(ii). 5 ela Tali pancing
(iii). 3 mata kail saiz yang berbeza (di masukan dalam kota mancis yang berisi mancis)
(iv). 1 X pemetik api.
(v). 1 X Batang lilin kecil
(vi). 1 X Kit penapisan air
(vii) 1 X Cermin Kecil
(viii). 1 X pisau kecil yang tajam besarung.
(ix). 1 X compass kecil
(x). 1 X gergaji dawai
(xi) 1 X mata Gergaji Besi yang pendek
(xii). Beberapa beg plastic sederhana tebal yang boleh simpan air/ buat pelampong/ balut luka/ buat bumbung kecil masa hujan jika hendak menyalakan api.
PERHUBUNGAN DENGAN ORANG ASLI
Apabila bertembung denga orang asli, kita haru berhati-hati. Sekiranya anda boleh berh ubung dengan mereka, maka peluang untuk anda terus hidup adalah cerah. Mereka boleh membantu anda dengan makanan, tempat berteduh, ubatan tempatan, petunjuk jalan dan keselamatan. Walaubagaimanapun, anda mesti faham bahawa adapt mereka berbeza dari adat anda. Bagi Orang Asli yang hidup di pendalaman hutan, mereka mempunyai pengetahuan yang sedikit tentang kehidupan di luar hutan. Pantang larang memainkan peranan yang penting dalam kehidupan mereka.
Berikut adalah perkara-perkara Yang Harus Di Buat dan Yang Tidak Harus dibuat dalam keadaan yan biasa apabila berhubung dengan orang asli. Terdapat 70,000 Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan pantang larang mereka adalah seperti berikut:
a. Yang Harus Di Buat
(i). Sentiasa membalas hadiah yang di beri.
(ii). Sentiasa becakap dengan cara bersahabat yang baik.
(iii). Sentiasa berhubung dengan Orang Asli melalui Ketua nya (Penghulu/Tok Batin)
(iv). Sentiasa beri upah sebaik saja kerja telah selesai di buat.
(v). Sentiasa minta izin jika hendak mengunakan sampan,rakit, pondok atau apa-apa barang kepunyaan Orang Asli.
b. Yang Tidak Harus Di Buat
(i) Jangan ketawa atau memperolok – olokkan adat atau tabiat mereka walaupun ianya Nampak macam ganjil.
(ii) Jangan mengambil buah-buahan, atau apa-apa tanaman mereka tanpa izin.
(iii) Jangan tenong kepada kaum perempuan mereka atau pergi berdekatan tempat mereka mandi.
(iv) Jangan masuk dalam rumah mereka tanpa izin mereka terlebih dahulu.
(v) Jangan menolak makanan yang di beri oleh orang Asli melainkan Agama anda tidak benarkannya.
(vi) Jangan munkir janji kerana Orang Asli mempunyai ingatan yang kuat dan perjanjian adalah penting.
(vii) Jangan menjerit atau hilang kesabaran dengan Orang Asli. Anda tidak akan dapat bantuan dari mereka. Kesemua Orang Asli itu akan meninggalkan anda dan menghilangkan diri.
(viii) Jangan sesekali sebut Orang Asli sebagai “Sakai”.
(ix) Jangan tanya nama seorang Orang Asli terus kepadanya. Sentiasa melalui pihak ketiga.
(x) Jangan mengubati Orang Asli yang sakit sebelum menanya dia tentang Pantang nya. Jika dia ada patang, minta izin dari Tok Batin/Penghulunya terlebih dahulu.
(xi) Jangan mengunakan cermin muka ditepi sungai.
(xii) Jangan Buang air atau kencing di tiang rumah.
(xiii) Jangan sentuh orang asli di kepala mereka.
(xiv) Jangan sebut-sebut harimau dan gajah semasa berjalan dalam hutan dengan Orang Asli.
(xv) Jangan ketawakan rama-rama, cakcibau dan beberapa jenis serangga dan burung kerana orang asli percaya ianya akan akibat berlakunya ribu taufan yang buruk.
Banyak lagi pantang larang dari suku kaum ke suku kaum. Anda hendak lah sentiasa berwaspada dan cari apakah yang boleh dan tidak boleh di lakukan bersama mereka.
TENTANG MAKANAN
Berikhtiar hidup biasanya melibatkan perjalan yang jauh tanpa mempunyai makan yang mencukupi. Biasanya dilam hutan Malaysia terdapat makanan dengan banyak sekali tetapi adalah penting dalam memilihnya. Jika anda hendak berikhtiar hidup, anda harus tidak boleh mengikut selera makan biasa tetapi harus terima sahaja makan dari segalajenis, rupa dan keadaan.
Kebanyakan makanan di dalam hutan agak ganjil dan harus dimakan dengan cara sedikit-sedikit buat beberapa hari yang pertama kerana ketidaksesuaiannya pada perut kita yang mungkin akan mengakibatkan cirit-berit dan muntah-muntah.
Makanan dari Haiwan
Semua makanan dari haiwan seperti burung-bururng dan telur nya, katak, ular, cicak, tikus, anak serangga, belalang, cengkerik, anai-anai dan juga kucing adalah hawain-haiwan yang boleh dimakan. Begitu juga beberapa jenia ikan dan siput air tawar dan masin termasuk ketam, udang galah, udang dan lain yang hidup dia air dan pantai boleh di makan.
Makanan dari Tumbuh-Tumbuhan
Di Hutan Malaysia, setiap 50 ela sekeliling terdapat makanan, ubatan dan racun dari tumbuh-tumbuhan yang hidup liar. Oleh yang demikian kita harus tahu mengenal tumbuh-tumbuhan ini dan sentiasa berhati-hati apabila memakan nya. Satu pentunjuk yang jelas adalah, jika moyet/kera/beruk boleh makan pasti manusia boleh memakannya, tetapi apa yang burung boleh makan tidak semesti manusia boleh makan. Walau bagimana pon untuk membuat permerhatian in agak susah kerana selalunya binatang di hutan akan lari dari bau manusia. Antara makanan dari tumbuhan adalah dari jenis ubi, bawang, daun, bunga, buah dan juga umbut.
Untuk hidup, seorang Pengakap harus tahu apakah tubuhan termasuk buahnya yang boleh di makan dan bagaimana untuk mencarinya. Anda juga perlu tahu bahawa benda yang boleh dimakan tidak semestinya sedap dan mudah di makan.
Ujian untuk memastikan samaada sesuatu tumbuhan itu boleh dimakan atau tidak.
Saya ingin menerangkan satu ujian yang mudah tanpa mengetahu nama atau mengenali jenis tumbuhan samaada ianya boleh di makan atau tidak. Ujian-ujian ini mugkin di rasakan tidak perlu dilakukan atau Nampak macam lucu. Tetapi sesiapa yang tidak mengikut salah satu dari peringkat yang ditetapikan, akan menerima risikonya dan mungkin akan menghadapi masaalah yang besar kemudian.
Saya nasihatkan anda menghafal peringkat-peringkat ujian ini, dan cubalah mengikut peringkat-peringkat yang akan saya terangkan dibawah ini. Ujian ini adalah ujian biasa untuk tumbuh-tumbuhan. Lakukan ujian berasingan bagi daunnya, ujian berasingan bagi ubi/akarnya, ujian untuk buahnya dan seterusnya.
Ujian Pertama – Cium
Ambil beberapa helai daun tumbuhan berkenaan, sentuh akannya dengan berhati-hati, dan pecah/hancurkannya dengan dua jari. Jika terdapat bau seperti buah badam atau buah peach (dalam bahas Ingeris dipanggil “peachy-almond smell”), ia mennujukkan dengan jelas daun tersebut mengandungi asid prussic yang sangat beracun. Untuk keselamatan adalah lebih baik membuangkannya sahaja kerana masih banyak tu
Mbuhan-tumbuhan yang lain masih ada.
Ujian Kedua – Kesan gatal/terbakar pada kulit
Sekiranya ujian pertama diatas Berjaya, mulalah dengan ujian kedua. Cara menjalankan ujian kedua ini adalah dengan menyapu perlahan-lahan atau gentilkan sedikit air/getah/lendir dari bahan yang hendak di uji di bahagian bawah diantara ketiak dan sikuai. Bagi tumbuhan yang mempunyi sedikit air/kelembaban, hancurkan dan lumatkannya dengan atau tanpa air sehingga ianya memjadi seperti lendir dan berair. Tunggu selama 3-5 minit. Sekiranya terdapat sebarang kemerahan atau alahan atau gatal atau rasa terbakar kepada kulit, adalah wajar tumbuhan itu di elakkan untuk sementara waktu tetapi hendaklah membuat catitan secara mental atau bertulis supaya tumbuhan tersebut boleh di uji semula pada masa akan datang jika perlu atau masa mengizinkan.
Ujian Ketiga – Kesan pada bibir, mulut dan lidah.
Jika tidak terdapat apa-apa keradangan/ gatal atau kemerahan pada kulit semasa ujian kedua diatas, teruskan ujian ketiga. Sekiranya belaku sebarang keradangan di rasai, hentikan terus ujian ini:
a. Letakkan sedikit bahan yang di uji tadi secara berhati-hati pada bibir. Tunggu 30-60 saat untuk melihat samaada belaku sebarang radangan kulit bibir.
b. Letakkan sedikit bahan yang di uji secara berhati-hati di antara gusi dan bibir/pipi. Jangan kena pada lidah. Tunggu lagi 30-60 saat lagi.
c. Letakkan sedikit bahan ujian tadi secara berhati-hati di hujung lidah. Tunggu lagi 30-60 saat lagi. Sekiranya tidak terdapat sebarang keradangan, dengan berhati-hati kulum bahan tadi dan mula kunyah perlahan-lahan tanpa menelannya.
d. Semasa menguyah, tunggu terhadap keasan-kesan berikut:
(1). Rasa pahit (menujukkan keracunan jenis alkaline)
(2). Rasa keradangan atau bengkak /pedih lidah atau tekak.
(3). Apa-apa tindakan yang tidak selesa yang lain
Anda perlu menilai dengan teliti dalam menentukan perbezaan diantara keradangan dan asid biasa atau rasa kelat. Contohnya getah buah mangga dan buah gajus mempunyai bahan asid yang kuat dan boleh membakarkan kulit tetapi masih boleh di makan. Melalui pengalaman sahaja membolehkan anda dapat membuat keputusan yang baik.
Ujian Keempat – Menelan.
Jika tidak terdapat apa-apa kesan radang atau reaksi yang tidak menyenangkan, ujian seterusnya ialah untuk makan jumlah yang sikit, kemudian tunggu untuk apa-apa reaksi.
Bahagian tubuhan yang hendak di uji seharusnya di rebus dahulu jika anda mempunyai peralatannya. Jika tiada peralatan, anda boleh guna batang buluh untuk rebus. Rebuslah tubuhan tersebut dengan air yang banyak, sehingga ia betul-betul masak. Simpan air rebusan untuk ujian yang berasingan. Dengan cara merebus akan menawarkan segala keracunan yang bahaya. Merebus juga boleh membuat sesuatu tumbuhan boleh dimakan jika ianya tidak boleh di makan secara mentah seperti ubi kayu atau umbut kelapa atau nibong.
Apabilah mana-mana bahagian tumbuhan telah di uji, rebus dan dibuktikan boleh di makan, uji semula cara mentah. Pastinya hasil ujian sebegini akan mendatangkan faedah.
Makan tumbuhan yang telah di rebus itu sesuap sahaja dan jika terpaksa makan mentah makan jumlah yang lebih sedikit sahaja.
Setelah makan sesuap tunggu selama empat jam dan perhatikan kepada kesan-kesan berikut:
a. Kesan melecur di mulut, lidah dan tekak.
b. Bersendawa secara berterusan
c. Pening dan muntah-muntah
d. Sakit perut dan kesan sakit-sakit badan.
e. Selepas beberapa jam, samaada terasa sakit memulas di bahagian bawah perut.
Semasa menuggu empat jam, adalah tidak wajar untuk makan atau minum benda-benda lain. Jika terdapat kesan-kesan sakit diatas, minum lah air suam atau panas seberapa banyak yang boleh. Dan cuba muntahkan dengan paksa.
Ujian Kelima – Makan untuk kenyang
Sekiranya tidak terdapat apa-apa reaksi dari ujian keempat, ulangi ujian tersebut dengan menambahkan kuantitinya setiap jangka masa , empat jam sebanyak lima atau enam kali. Jika bahan tumbuhan ini telah lulus ujian ini anda boleh lah memakan tumbuhan ini dengan kuantiti yang lebih.
Kesilapan dalam menguji
Sekiranya anda sakit perut disebabkan kesilapan menguji, cara yang paling mudah untuk melegakan diri adalah dengan cara meminum air suam atau panas dengan banyak dan tahan makan untuk beberapa jam.
Amaran
Perkara-perkara berikut hendaklah di ambil perhatian:
a. Jangan sekali-kali memendekkan ujian diatas. Ini adalah merbahaya.
b. Jangan anggap jika burung atau beberapa jenis haiwan boleh makan tumbuhan itu manusia pon boleh.
c. Belajar peraturan ujian makanan.
d. Jika was-was, jangan makan.
e. Ingat, apa monyet makan, anda boleh makan.
Sepertimana yang saya perkatakan dari mula tadi, ilmu ikhtiar hidup ini amat luas hanya. Tidak boleh diperlajari dari membaca sahaja. Ianya memerlukan latihan amali. Insyallah, satu hari nanti saya akan merancangkan satu kursus ikhtiar hidup (sama ada di hutan, di paya bakau dan juga di laut).
Tajuk-tajuk yang menarik yang boleh kita pelajari adalah antaranya seperti berikut:
a. Makanan dari tumbuhan, ikan, siput, ketam, serangga dan binatang
b. Cara penyediaan dan memasak
c. Cara buat api
d. Mencari dan menapis air
e. Keselamatan air
f. Masalah kesihatan dan pertolongan perubatan di hutan
g. Pandu arah dalam hutan
h. Membuat danu dan pondok
i. Membuat jerat dan perangkap binatang
j. Membuat tali dan ikatan
k. Memancing dan menagkap ikan dan makanan di air
l. Isyarat bumi ke udara
Saya harap walaupun Pengakap kita adalah dari budak-budak Bandar tetapi mahir dalam ilmu perhutanan. Kalau kita rajin berlajar pasti jika masalah ini timpa pada dirikita, kita pasti tidak berasa risau dan boleh terus hidup.
Oleh Maj Mior Rosli
PN PPMWPKL