Monday 14 May 2012

MINIT MESYUARAT PENUBUHAN


Tarikh : 13.05.2012
Masa : 11:00 pagi
Tempat : Pusat Komuniti Taman Tun Dr Ismail
Kehadiran: 17 orang

Kehadiran :
1. Ucapan Pengerusi Penubuhan
Encik Zunaidin b. Mohamed selaku pengerusi penubuhan telah mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir mesyuarat penubuhan ini. Beliau menerangkan matlamat mengadakan mesyuarat ini untuk menubuhkan Pengakap Terbuka di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

2. Meluluskan Nama Penubuhan
Mesyuarat telah membincangkan tentang nama penubuhan dan bersetuju dengan sebulat suara dengan nama: “Pengakap Taman Tun Dr Ismail”.

3. Perlembagaan Pertubuhan
Mesyuarat telah berbincang perlembagaan pertubuhan dan dengan sedikit pindaan, perlembagaan telah diluluskan oleh semua ahli yang hadir.

4. Perlantikan Ahli Jawatankuasa Penubuhan
   Ahli-ahli seperti berikut telah dipilih:
   Pengerusi : En. Zunaidin Mohamed
   Setiausaha : Pn. Noor Zanizawati Abdul Wahab
   Bendahari : Pn. Norashikin Idrus
   AJK : En. Mohd Faisal Mustapha
            En. Faizal Mustafa
            Cik Rosita Dewi Rowan
            Pn. Roslina Ariffin
            Pn. Shanty Gurunathan
            
 5. Majlis bersetuju untuk mendaftarkan pertubuhan ini dengan Persekutuan Pengakap Malaysia. Tugas bagi pendaftaran ini akan diserahkan kepada Ketua Pimimpin iaitu En. Ganesan Sittrambaran untuk menguruskannya.

6. Mesyuarat telah ditamatkan pada jam 1:00 tengahari.

































No comments:

Post a Comment