Monday 30 April 2012

SKIM LENCANA PENGAKAP MUDA

LENCANA-LENCANA PENGAKAP MUDA


Dan cara pemakaiannya


PRINSIP RUKUNEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;memelihara satu cara hidup demokratik ;mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN

ISTIADAT LAUNG AGUNG


Istiadat Laung Agung adalah tradisi dalam Istiadat PKK dan telah digunakan di seluruh dunia. Ia dilakukan oleh PKK untuk menunjukkan bahawa mereka telah membuat "Sehabis Baik". Kata penghargaan itu ditujukan khas kepada pemimpin PKK atau Akela. Laung Agung hendaklah diadakan pada setiap awal dan akhir perjumpaan PEK




TUJUAN

1. Menandakan permulaan atau tamat sesuatu perjumpaan
2. Mengingati tradisi atau istiadat bagi PKK di seluruh dunia
3. Untuk menghormati tetamu yang datang ke PEK
4. Melahirkan semangat setiakawan, perpaduan serta membina disiplin
5. Menyatakan bahawa PKK membuat "Sehabis Baik"

CARA PELAKSANAAN ISTIADAT LAUNG AGUNG

1. Akela berdiri di hadapan bendera dan berteriak " PEK " (1 kali – kuat & nyaring). Semua PKK berdiri diam dalam keadaan sedia

2. Akela berteriak "PEK, PEK, PEK" dan melipat tangan paras bahu sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan kecil bahu ke bahu mengeliling Akela

3. PKK menjawab " P...E...K..." (5 harkat) dan berlari anak megelilingi Akela dengan membuat bulatan kecil bahu ke bahu.

4. Akela depakan tangan sebagai isyarat kepada PKK membuat bulatan besar mengikut sekawan mengelilingi Akela sambil berpegangan tangan.

5. Apabila bulatan telah berada dalam keadaan sempurna, Akela turunkan tangan dan PKK menjatuhkan tangan mereka.

6. Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu dan PKK mengangkat tumit. Akela merapatkan tangan ke peha dan secara serentak PKK mencangkung dengan kedua-dua peha rapat ke hadapan dan tangan di sisi kedua-dua belah peha dengan hujung lima jari mencecah ke tanah sambil kepala memandang ke hadapan dan terus berkata serentak " A K E L A " KITA BUAT HABIS BAIK. Pada penghabisan perkataan BAIK, PKK sudah bangun tegak dalam keadaan sedia.

7. Petugas (Ketua Sekawan Bertugas) memberi hormat kepada Akela dan mencabar "KAMU BUAT HABIS BAIK?"

8. PKK memberi hormat kepada Akela dan terus menjawab "KAMI BUAT HABIS BAIK"

9. Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing). PKK tidak jatuhkan tangan mereka sehingga Akela menjatuhkan tangannya.

ISTIADAT MENGIBARKAN BENDERA

1. Akela akan berkata "BENDERA". Semua PKK mengadap bendera. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) keluar terus berjalan (berkawad) menuju ke tiang bendera.

2. Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berhenti pada jarak satu langkah di hadapan tiang bendera.

3. Dalam keadaan sedia, tangan kanan petugas merentap (1 kali sahaja) tali bendera untuk "memecah bendera" dan selangkah ke belakang untuk memberi hormat bendera serta diikuti pemimpin dan PKK. Petugas berpusing ke belakang dan kembali ke tempat asalnya dengan berkawad.

4. Selepas itu, Akela akan berkata "NEGARAKU". PKK secara serentak n menyanyikan lagu Negaraku bersama-sama dan kuat. Pada akhir lagu semua PKK mengadap kembali ke dalam bulatan seperti asal.

5. Selepas itu Akela berkata "DOA". Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat menadah tangan berdoa. Bagi yang bukan muslim, tundukkan kepala dan pandang tumit sambil bertafakur mengikut agama masing-masing. Selepas tamat doa Petugas (Ahli dalam Sekawan Bertugas) berkata "up" sebagai isyarat turunkan tangan.

6. Sekiranya ada Ketua Pemimpin, Akela akan melapor kepada Ketua Pemimpin atau minta menjalankan tugas lain.

7. Selepas itu Pemimpin dikehendaki memeriksa dan membetulkan kesilapan uniform PKK sebelum membuat pengumuman.

SKIM LENCANA PENGAKAP KANAK-KANAK


LENCANA KEAHLIAN



Sebelum dilantik menjadi ahli serta mendapatkan Lencana Keahlian, seseorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut bagi menentukan bahawa dia faham dan mengerti makna-makna tiap-tiap satunya :

1. Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.

2. Prinsip Rukunegara.

3. Tabik dan Hormat Pengakap, Isyarat Hormat Pengakap dan Cogankata Pengakap.

4. Sejarah Permulaan Pergerakan Pengakap dan Cerita Hutan.

5. Laung Agung.

 

LENCANA WAJIB

Setelah mendapatkan Lencana Keahlian, (bagi faedah keselamatan dirinya) Pengakap Kanak-kanak itu wajib mendapat SALAH SATU dari Lencana Wajib di bawah :

Lencana Ahli Penunggang Basikal

Lencana Ahli Berenang

Kedua-dua lencana ini boleh dianggap sebagai lambang asas keselamatan ahli PKK. Lencana ini dipakai di bahagian atas lengan sebelah kanan baju pegakap.


LENCANA KERIS GANGSA


KESETIAAN

1. Negaraku & Lagu Negeri

2. Bendera Malaysia & Negeri

3. Lambang sejagat Pengakap & cogankata Pengakap kanak-kanak

4. Rukunegara

5. Mengenali orang kenamaan

6. Persetiaan & undang-undang Pengakap

7. Hormat, isyarat dan salam pengakap

8. Nama kuasa penganjur / pemimpin

9. Sejarah kumpulan pengakap kanak-kanak di sekolahnya

10. Mengetahui agama-agama di Malaysia

11. Nilai-nilai beribadat


KESIHATAN DAN KESELAMATAN

1. Kesihatan & kebersihan badan - gigi, kuku, rambut, kaki, tangan & sistem pernafasan

2. Bilik mandi & tandas, tempat sampah, kebersihan sumber minuman & keracunan makanan

3. Memakai kasut / selipar / jagaan

4. Bahaya menelan pil / gula-gula

5. Bahaya bermain mata pisau

6. Mengenali penyakit kulit yang berjangkit

7. Bahaya bermain bahan letupan

8. Mendapat bantuan pertolongan

9. Peraturan lalulintas

10. Sebab utama kemalangan jalanraya

11. Peti pertolongan cemas

KECEKAPAN

1. Asas perbarisan

2. Mengetahui kemahiran asas untuk permainan permainan pasukan seperti

a) Bola Sepak

b) Bola Jaring

c) Bola Tampar

3. Memanjat tali

4. Mengguna dan menjaga pisau kecil

5. Mengetahui kawasan sendiri

6. Mengetahui pakaian seragam pengakap

7. Isyarat-isyarat pengakap

8. Simpulan mengikat tali kasut Simpul Buku Sila & Simpul bungkusan

PENYERTAAN

1. Mengetahui cara perkumuhan kepada manusia, tumbuhan & haiwan Aktiviti (Sudahkan 2 sahaja)

a) Menanam pokok bunga di pasu

b) Menyubur pokok

c) membuat batas

d) Membantu / memlihara pokok

2. Cara-cara memelihara haiwan

3. Membaca buku memelihara binatang / haiwan

4. Menjadi ahli perpustakaan

5. Membuat rekaan

6. Menyembah drama / lakonan & tarian

7. Berlakon

8. Menempatkan koleksi

9. Membuat buku akau simpanan

PERKHIDMATAN

1. Membantu ibubapa di rumah

2. Melawat ke rumah orang tua, kanak-kanak dan lain-lain

3. Bercerita melalui lisan / lukisan

4. Memainkan peranan melaksanakan undang-undang sampah di sekolah

5. Khidmat kemasyarakatan

6. Buku Log khidmat sukarela

LENCANA KEGEMARAN


Setelah lulus Lencana Keris Gangsa, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 dari Lencana Kegemaran di bawah:

Lencana Penghibur

Lencana Pembaca Buku

Lencana Pelukis

Lencana Peladang Kecil

Lencana Ahli Kraftangan

Lencana Ahli Koleksi Hobi


LENCANA KERIS PERAK



KESETIAAN
Lagu Negaraku dan Lagu Negeri
Bendera Malaysia dan Negeri
Lambang Pengakap Malaysia
Nama orang kenamaan
Persetiaan dan undang-undang Pengakap
Nama Penolong Pesuruhjaya kanak-kanak dan Pesuruhjaya Daerah
Sejarah ringkas perkembangan pengakap dan tokoh pengakap daerah
Rukun-rukun sembahyang


KESIHATAN DAN KESELAMATAN
Kebersihan
Kulit melecur
Faedah senaman dan tujuan
Cara pernafasan B-P
Hidung berdarah
Perawatan penyakit-penyakit kulit yang mudah berjangkit
Mencuci dan membalut luka, dan lain-lain
Bahaya penggunaan alat elektrik
Bahayanya menggunakan ubat-ubat tanpa nasihat doktor
Mengetahui kegunaan isi kandungan peti pertolongan cemas

KECEKAPAN
Asas perbarisan
Simpulan : Buku sila, bunga geti dan simpul sentak
Mengetahui memasang, menaik, mengibar dan menurunkan bendera
Kemahiran asas permainan pasukan (a) Bola keranjang (b) Sofbal
a) Bola Keranjang
ATAU
b) Sofbal
Mengetahui cara mengekalkan fizikal seperti memanjat tali ATAU mengumpul sejarah keharmonian keluarga
Renang dan peraturan keselamatan air ATAU bertugas dengan berbasikal :
- Mengepos surat
- Ke Balai Polis
- Ke Klinik / Balai Bomba / Balai Penghulu

PENYERTAAN
Mengetahui sifat burung yang hidup di udara dan di darat
Mengetahui keperluan tumbuhan
Makanan bersih dan keselamatan
Bidang perhubungan Sains komputer ATAU Boleh mengucap / menyebut bahasa asing
Mengetahui penggunaan telefon awam / persendirian
Menambah simpanan wang
Menyertai tarian / nasyid

PERKHIDMATAN
Mengumpulkan pakaian lama
Mengetahui cara perhubungan (pilih 3 sahaja)
a) Telefon
b) Akhbar
c) T.V. / Radio
d) Isyarat kepulan asapNama orang kenamaan
e) Pukulan gendang
f) Kentung
g) Tiupan wisel
h) Semaphore
Syarahan / ceramah undangan
Doa keselamatan
Menyimpan akuan perbelanjaan
Mengetahui cara memberi pertolongan kepada seseorang di air
Lencana Pengetahuan

Setelah lulus Lencana Keris Perak, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 Lencana Perkhidmatan serta 2 dari Lencana Pengetahuan di bawah:


Ahli Olahraga

Ahli Pasukan Permainan

Ahli Sains

Pecinta Alam Semulajadi

Pembaca Peta

Pemelihara Alam Sekitar

Pengembara



  LENCANA PERKHIDMATAN

Setelah lulus Lencana Keris Perak, ahli pengakap kanak-kanak perlu mendapatkan 2 Lencana Pengetahun serta 2 dari Lencana Perkhidmatan di bawah:

Pekerja Am

 
Pengurus Rumah

Penyelamat Nyawa

Ahli Pertolongan Cemas


LENCANA KERIS EMAS


KESETIAAN
Lagu Patriotik
Mengenali Jata Negar Malaysia dan Negeri / melipat bendera
Mengetahui nama orang kenamaan
Nama Pesuruhjaya Negeri dan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Mengamalkan rukun agama
Sambutan Hari Keputeraan
Sambutan Hari Pengakap Sedunia / Malaysia, / Hari Ibu / Bapa, Hari Guru / Kanak-kanak dan lain-lain

KESIHATAN DAN KESELAMATAN
Peraturan hidup sihat & bahagia
Sakit selsema
Mendapatkan bantuan kecemasan
Mengetahui kegunaan isi kandungan Peti Pertolongan Cemas dan jenis-jenis balutan
Mengikat Anduh
Cara-cara keselamatan di air
Cara-cara belajar berenang
Koleksi maklumat media

KECEKAPAN
Asas perbarisan
Cara memasang, menaik, mengibar, menurun dan melipat bendera
Kemahiran asas permainan pasukan
a) Sepak Raga
atau
b) Bola Baling
Seni mempertahankan diri
Kesegaran fizikal
Latihan asas ala komando
Simpulan-simpulan
Mendirikan dan menurunkan khemah

PENYERTAAN
Mengetahui sifat ikan
Mengetahui sifat tumbuhan
Pilih Salah Satu
a) Buat sebuah kotak untuk alat-alat Pertolongan Cemas Dan lain-lain
b) Membuat Patung
c) Membuat layang-layang
d) Mengetahui memperbaiki satu jenis permainan berbateri
Mengetahui Pemeliharaan Kesejahteraan Alam Sekitar, sosial dan fizikal (Pilih mana-mana dua sahaja)
a) Membuat Mini zoo serangga
c) Menyediakan akuariun / Terrarium
c) Melawat ke muzium / zoo / pusat sains
Menyanyi dengan iringan muzik mengikut rentak (Pilih dua Sahaja)a) Lagu-lagu berirama Tradisi
b) Lagu-lagu Rakyat
c) Lagu-lagu Asli
d) Lagu-lagu Pengakap Tradisi
e) Lagu-lagu Pengakap Antarabangsa
Berlakon babak cerita
KoreografkanTarian Kebudayaan

PERKHIDMATAN

Membersihkan kawasan
Membantu ibubapa / keluarga
Membantu rakan sebaya
Melukis / membuat model peta kasar menunjukkan tempat-tempat kemudahan awam
Program malam Pengakap
Membantu Pek bercuti
Menguruskan kegiatan perkhidmatan Lencana Keris Gangsa dan Perak


RAMBU PENGAKAP KANAK-KANAK



Pengakap Kanak Kanak yang telah mendapat Lencana Keris Emas & 6 Lencana Kepandaian (2 Lencana Kegemaran, 2 Lencana Pengetahuan & 2 Lencana Perkhidmatan) LAYAK untuk memakai Rambu Pengakap Kanak Kanak dengan syarat Pengakap Kanak Kanak itu:

Pemegang Lencana Keris Emas selama 3 bulan

Berkelakuan baik
Mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan boleh dicontohi

LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA DAN DUNIA


LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA

  • Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu:Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap.
  • Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh.
  • Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap"
  • Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia"
  • Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam".
  • Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia".
  • Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap:
    Kuning "Pengakap Kanak-Kanak", Hijau "Pengakap Muda", Merah "Pengakap Remaja"
  • Budak-budak memahami makna-makna Lambang Pengakap Sedunia dan Malaysia dan lulus dalam soalan-soalan subjektif yang berkenaan

    Format Ujian :
    Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

LAMBANG PENGAKAP DUNIA

  • Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
  • Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
  • Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap.
  • Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
  • Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
  • Warna putih-kesucian dan kebersihan.

PERATURAN PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP

PENGAKAP MUDA (JUNIOR SCOUT)


Pakaian seragam Pengakap Muda (Junior Scout)



Pakaian seragam Pengakap Wanita (Girl Scout)


CARA MEMASANG LENCANA PENGAKAP MUDA 


Cara memasang lencana Pengakap pada kedua-dua lengan baju
 

Peringatan : Lencana kepandaian hendaklah dipasang satu per satu mengikut nombor yang dahulu didahulukan

PENUNGGANG BASIKAL

Peraturan-peraturan Semasa Menunggang Basikal

1. Sebelum menunggang basikal, pastikan brek, lampu hadapan, lampu merah belakang dan loceng boleh digunakan.

2. Sebelum belok basikal ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang, hendaklah memandang ke belakang, dan kemudian beri isyarat.

3. Jika tunggang ramai-ramai, tunggang dalam satu baris.

4. Guna lorong basikal, jika ada.

5. Kedua-dua tangan mesti pegang pemegang (hendal) dan kaki pada pengayuh basikal (pedal).

6. Fahami dan ingat isyarat jalan raya.

7. Apabila berhenti, gunakan brek belakang, perlahan, dan brek hadapan kemudiannya.

8. Beri jalan kepada kenderaan yang besar dan patuh pada isyarat lalu lintas.

9. Sentiasa menunggang basikal di sebelah kiri jalan.

Perkara-perkara Yang Menyebabkan Kemalangan Semasa Berbasikal

1. Menggunakan basikal yang tidak sempurna keadaannya. Misalnya brek, lampu, dan sebagainya, tidak boleh berfungsi.

2. Tidak memberi isyarat jelas semasa memulakan tunggangan, sewaktu membelok atau memberhenti basikal.

3. Membawa penumpang atau benda-benda yang boleh mengganggu imbangan semasa menunggang basikal berkenaan.

4. Menunggang dan mengikut kenderaan lain pada jarak yang dekat.

5. Menunggang dan mengikut kenderaan lain di jalan raya yang sibuk dan sempit.

6. Membawa haiwan semasa menunggang basikal.

7. Bergurau atau bercakap-cakap semasa menunggang di jalan raya yang sibuk.

8. Memotong atau melintasi celah-celah kenderaan lain.

9. Menunggang basikal yang tidak sesuai saiznya dengan penunggang. Contohnya, menunggang basikal yang terlalu besar atau terlalu kecil.

10. Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak sesuai dengan penunggang.

BUKU SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK

Naskah MESTI MILIK ...


Buku ini telah diterbitkan oleh Pasukan Latihan Negara Persekutuan Pengakap Malaysia sebagai panduan kepada semua pemimpin pengakap khusunya pemimpin Pengakap Kanak-Kanak. Naskah ini mengandungi 36 muka surat bermula Lencana Keahlian sehingga pencapaian Tanda Cemerlang Rambu Pengakap Kanak-Kanak (Anugerah Ketua Pesuruhjaya Negeri). Ianya boleh didapati di Kedai Pengakap dengan kos RM6.00 sebuah.

KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI

KESIHATAN DAN KEBERSIHAN BADAN

Menjaga Kebersihan Kaki dan Tangan

  • Penjagaan kebersihan kaki dan tangan adalah sangat penting supaya tidak dihinggapi penyakit.
  • Kamu mestilah membasuh tangan pada setiap kali sebelum menjamah makanan dan selepas makan.
  • Tangan yang tidak dibersihkan mempunyai kuman dan kotoran.
  • Kuman dan kotoran ini boleh menyebabkan berbagai penyakit, seperti sakit perut, keracunan makanan dan cirit birit.
Menjaga Kebersihan Kuku
  • Menyimpan kuku yang panjang akan menyebabkan kekotoran melekat pada kuku.
  • Setiap ahli pengakap tidak dibenarkan menyimpan kuku yang panjang.
  • Memotong kuku jari tangan mestilah berbentuk bulat manakala memotong kuku jari kaki haruslah berbentuk lurus.
Menjaga Kebersihan Gigi
  • Mulut merupakan pintu masuk bakteria yang paling utama.
  • Sebahagian makanan kecil akan melekat dicelah-celah gigi dan menyebabkan kuman masuk di celah gigi dan membiak dengan cepat.
  • Setiap orang mestilah membersihkan gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
  • Setiap orang mesti berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
Menjaga Kebersihan Rambut
  • Pengakap harus menjaga rambut agar sentiasa kemas dan bersih.
  • Mencuci rambuh mestilah sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Jika rambut kamu berkutu atau berkelemumur, gunakan ubat atau syampu yang sesuai untuk mengatasi masalah itu.
Menjaga Pernafasan
  • Kebersihan sistem pernafasan harus dititikberatkan oleh setiap orang.
  • Bulu-bulu hidung dapat memerangkap dan menjaring kekotoran yang berada di udara sebelum memasuki paru-paru.
Cara-cara Membersihkan Bilik Mandi dan Tandas
  • Pastikan kamu memakai selipar semasa memasuki tandas.
  • Selepas menggunakan tandas, mesti flush air pada mangkuk tandas.
  • Gunakan bahan-bahan pewangi dan pencuci untuk mewujudkan kesegaran.
  • Bersihkan kaki dan tangan selepas menggunakan tandas.
Pembuangan Sampah
  • Sampah sarap yang terdapat di kawasan rumah mestilah disapu dan dibersihkan.
  • Setiap rumah mesti mempunyai tong sampah.
  • Tin-tin atau kaca yang kosong boleh ditanam di sekitar rumah bagi mengelakkan kecederaan.
LANGKAH-LANGKAH MEMAKAI KASUT YANG BETUL
  • Pastikan saiz stokin dan kasut sesuai dengan kaki.
  • Pastikan kaki, stokin dan kasut ---- bersih dan kering.
  • Periksa bahagian dalam stokin dan kasut ---- bebas daripada binatang kecil atau bahan-bahan yang boleh mencederakan kaki.
  • Pastikan tapak kaki bebas dari sebarang pasir atau habuk.
  • Pakai stokin dan kasut dan ikat tali kasut dengan ketat.
Kepentingan Memakai Kasut dan Selipar
  • Kamu mesti memakai kasut atau selipar semasa berjalan di atas tanah, sama ada bermain atau berjalan-jalan.
  • Ini membolehkan kaki kamu tidak terdedah kepada kekotoran, bakteria dan cacing.
  • Kasut hendaklah dibersihkan tiga kali seminggu agar sentiasa bersih dipakai.
JENIS-JENIS PENYAKIT KULIT YANG BERJANGKIT

Penyakit kulit sering menyerang pada tempat yang boleh dilihat seperti di muka, lengan dan kaki. Bahagian tersebut akan berasa sakit/gatal.
Kurap : sejenis bakteria yang boleh hidup pada kulit
manusia.

  • Kudis Buta : kulit akan terasa gatal. Penghidap penyakit ini akan
  • berasa gatal dan menggarunya dengan kuat sehingga kulit terluka.
  • Kayap Air : berpunca daripada kulat dan menyerang bahagian
  • kulit. Ia akan menyebabkan jari kaki gatal-gatal dan menggelupas.
  • Panau : sejenis kulat yang hidup pada lapisan kulit manusia.
  • Ia akan menyebabkan terbentuknya tompokan.
  • Jerawat : penyakit kulit yang menyerang muka dan leher
  • kanak-kanak.
  • Bisul : jangkitan bakteria yang menjadikan bengkak berisi
  • nanah.
SEBAB-SEBAB BAHAYA BERMAIN BAHAN LETUPAN
 
  • Boleh menyebabkan kebakaran rumah.
  • Boleh mendatangkan kecederaan pada tubuh badan atau kematian.
  • Mencemarkan alam sekitar.
  • Boleh memusnahkan harta benda.
 Contoh Bahan Letupan
  • Mercun
  • Meriam Buluh
  • Bom
BAHAYA BERMAIN MATA PISAU
  • Kita dilarang bermain dengan mata pisau kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan kepada tubuh badan jika tidak digunakan dengan berhati-hati atau menggunakan secara cuai.
  • Menggunakan mata pisau haruslah dengan pengawasan orang yang lebih dewasa.

MENGGUNA DAN MENJAGA PISAU KECIL
 
Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan pisau kecil kerana boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan. Jika perlu menggunakannya, kanak-kanak perlu menggunakannya dengan berhati-hati dan dengan pemantauan orang dewasa. Pisau yang hendak digunakan haruslah tajam dan tidak berkarat. Selepas digunakan, pisau hendaklah dibersihkan dan disimpan di tempat yang selamat.

KOD MORSE


Kod Morse ialah kaedah pengekodan aksara bagi memancarkan maklumat telegraf dengan menggunakan urutan-urutan elemen panjang-pendek yang terseleras untuk melambangkan huruf, angka, tanda baca dan aksara khas dari mesej yang diberi. Elemen panjang-pendek ini boleh dibentuk melalui bunyi, tanda-tanda atau nadi, secara penguncian buka-tutup.

Kod Morse Antarabangsa terdiri daripada lima elemen :-
  • tanda pendek, titik atau ‘dit’ (.) = panjang seunit
  • tanda panjang, sengkang atau ‘dah’ (-) = panjang tiga unit
  • jurang dalam aksara (antara titik dan sengkang dalam satu aksara)
  • = panjang seunit
  • jurang pendek (antara huruf) = panjang tiga unit
  • jurang sederhana (antara perkataan) = panjang tujuh unit

Kod Morse boleh dipancarkan melalui pelbagai cara; asalnya berbentuk nadi elektrik sepanjang dawai telegraf, bahkan juga dalam nada audio, isyarat radio bernada panjang-pendek, atau isyarat mekanikal atau visual (cth: cahaya berkelip) dengan menggunakan perkakas seperti lampu aldis atau heliograf. Kod Morse dipancarkan dengan hanya menggunakan dua keadaan (buka dan tutup), maka dikatakan merupakan satu bentuk pengekodan digital yang terawal. Namun begitu, Kod Morse itu bukannya binari kerana panjang jeda diperlukan untukm mengekodkan maklumat.

Mula-mulanya direka bagi kegunaan telegraf elektrik, ciptaan Samuel F.B. Morse pada awal 1840-an. Kod Morse juga digunakan secara meluas untuk komunikasi radio awal sejak 1890-an. Pada separuh awal abad ke-20, majoriti komunikasi antarabangsa berkelajuan tinggi dijalankan secara Kod Morse, menggunakan dawai telegraf, kabel dasar laut, dan litar radio. Namun, kepanjangan aksara Morse yang berubah-ubah menyebabkannya sukar diterapkan dalam litar berautomatik. Jadi, bagi kebanyakan komunikasi elektronik, Kod Morse diganti oleh format-format yang lebih boleh mesin seperti Kod Baudot dan ASCII.

Kegunaan Kod Morse paling popular masa kini adalah melalui pengendali radio amatur, itupun bukan lagi keperluan untuk perlesenan amatur di kebanyakan negara. Kod Morse juga masih digunakan untuk tujuan-tujuan khas, termasuk pengenalpastian pemancar matarah radio navigasi dan mobil daratan, serta komunikasi tentera termasuklah komunikasi semafor berkelip cahaya antara kapal-kapal.

Kod Morse direka agar mudah dibaca manusia tanpa bantuan komputer, menjadikannya sesuai untuk menyampaikan data digital berautomatik melalui saluran suara, dan juga sesuai untuk menghasilkan isyarat kecemasan, seperti melalui sumber tenaga diimprovasi yang mudah ‘dikunci’ dengan menyalurkan dan memutuskan bekalan elektrik secara ulang-alik (cth: dengan membuka-tutup suis lampu picit).

International Morse Code
1. A dash is equal to three dots.
2. The space between parts of the same letter is equal to one dot.
3. The space between two letters is equal to three dots.
4. The space between two words is equal to seven dots.

 Morse Register Clipart