Friday 17 August 2012

SALAM SYAWAL 2012/1433H

Assalamua’laikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan pada semua warga pengakap dan seluruh pengunjung blog ini.


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
Mohon kemaafan untuk segala-galanya & Selamat Hari Raya

Ya Allah
Bulan Ramadhan yang mulia ini telah meninggalkan kami
Ampunkanlah dosa-dosa kami, sedekah kami & amalan yang telah kami lakukan
Berilah kami kesempatan untuk menyambut nikmat Ramadhan yang akan datang

Ukhwah yang dibina bagai seutas tasbih
Ada awal tiada penghujungnya
Dicipta untuk mengingati Yang Maha Esa
Diratib demi mencari redhaNYA

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Wednesday 1 August 2012

HARI PENGAKAP SEDUNIA

Selamat menyambut Hari Pengakap Sedunia kepada semua ahli-ahli pengakap.

 HAPPY WORLD SCOUT DAY



Saturday 21 July 2012

MARHABAN YA RAMADHAN



 
Sehubungan dengan masuknya Bulan Ramadhan 1433 H.
Saya beserta ahli-ahli Jawatankuasa Pengakap TTTDI, WPKL mengucapkan Marhaban ya Ramadhan
kepada semua ahli-ahli pengakap yang beragama islam.

Mohon maaf atas segala salah dan khilaf kepada semuanya.
Semoga kita menjadi umat yang taqwa.
Amiin.

Wassalam.

 

Wednesday 20 June 2012

SETINGGI TAHNIAH KEPADA YG. BERBAHAGIA DATO' HJ. ZAMRI B. YAHYA (PENASIHAT KUMPULAN PENGAKAP TTDI, WPKL)

Dato' Hj. Zamri b. Yahya, Timbalan Pengarah (Cawangan Khas Bukit Aman) atas pengurniaan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sempena sambutan Hari Polis ke-125.
 

Agong sampaikan darjah kepahlawanan kepada 126 pegawai, anggota PDRM


KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini berkenan menyampaikan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis kepada 126 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena sambutan Hari Polis ke-125 di Istana Negara di sini, hari ini.

Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah turut berangkat menghadiri istiadat itu. 

 
Hadir sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. 

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman Datuk Mortadza Nazarene mendahului senarai penerima dengan penganugerahan darjah kelas pertama Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP).

Seramai 15 orang dikurniakan Darjah Panglima Setia Pasukan Polis termasuk Timbalan Pengarah (Cawangan Khas Bukit Aman), Datuk Zamri Yahya; Penolong Pengarah (Cawangan Khas Bukit Aman), Datuk A Rahman Ahmad dan Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentadbiran), Datuk Ramli Din.


Tuanku Abdul Halim turut menyampaikan Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP) kepada 25 penerima, Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP) kepada lima penerima dan Darjah Bentara Pasukan Polis (BPP) kepada 80 penerima. - BERNAMA 


Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Agongsampaikandarjahkepahlawanankepada126pegawai_anggotaPDRM/Article

Saturday 9 June 2012

KURSUS KAYAK STAR AWARD 1 UNTUK PENGAKAP

~MAKLUMAN~

Salam Pengakap

Kursus Kayak Star Award 1 Pengakap Laut WPKL Edisi 2/2012
(terbuka kepada semua Pengakap berumur 18 tahun ke atas sahaja)

Tarikh: 9 & 10 Jun 2012
Masa: 8.30 pagi - 4.30 pagi
Lokasi: Tasik Titiwangsa, KL
Yuran RM43 seorang (tidak termasuk makanan)
Pakaian: t-shirt lengan panjang dan track suit

*Kayak single seat, pendayung dan buoyancy aid akan disediakan oleh penganjur

TEMPAT TERHAD (30 peserta sahaja)

Nota: Kursus merangkumi sesi dalam kelas, latihan praktikal, ujian bertulis dan ujian praktikal. Peserta yang lulus akan menerima Sijil Kayak Star Award 1 yang diiktiraf oleh Malaysian Canoe Association (MASCA), Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelajaran Malaysia.

Utk makluman lanjut, boleh hubungi,
En. Mohd Hilmi Abu Bakar
hp: 012-3263126
email: mohdhilmi@klscout.org


Thursday 31 May 2012

SALAM TAKZIAH KEPADA SELURUH ALI PENGAKAP SARAWAK

Salam Takziah kepada seluruh Ahli Pengakap Sarawak di atas pemergian mendiang En. Dunstan Melling Undau (Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak).


Wednesday 30 May 2012

PENGELUARAN DUIT SYILING PERINGATAN SEMPENA ULANG TAHUN KE-100 PERSATUAN PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PUTERI SEDUNIA

 
Bank Negara Malaysia mengeluarkan dua jenis duit syiling peringatan bersempena dengan Ulang Tahun Ke-100 Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Duit syiling peringatan ini telah dilancarkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah di Ipoh, Perak hari ini.
Duit syiling peringatan ini sah diperlakukan dan spesifikasinya adalah seperti yang berikut:
  1. Duit Syiling Peringatan Perak (pruf)

    Duit syiling pruf ini diperbuat daripada logam perak Sterling dengan ketulenan 92.5 dan berat setiap keping ialah 21.00 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan dijual pada harga RM150 sekeping. Hanya sebanyak 600 keping sahaja ditempa.
     
  2. Duit Syiling Peringatan Emas Nordic

    Nilai muka duit syiling emas Nordic ini ialah RM1 dan harga jualannya ialah RM10 sekeping. Sebanyak 15,000 keping sahaja ditempa.
Duit syiling peringatan ini juga boleh didapati dalam set 2 dalam 1. Set 2 dalam 1 ini mengandungi duit syiling perak dan emas Nordic pruf. Set ini dijual pada harga RM200 setiap satu dan hanya terdapat 500 set sahaja. Butiran terperinci mengenai duit syiling ini terdapat dalam Lampiran I.
Reka Bentuk Duit Syiling

Keterangan mengenai reka bentuk duit syiling peringatan ini adalah seperti yang berikut:
  1. Bahagian Hadapan Duit Syiling

    Logo Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Sedunia tertera di tengah duit syiling ini dan perkataan Ulang Tahun Ke-100 pada bahagian atasnya sebagai menandakan sambutan ulang tahun pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri antarabangsa yang keseratus, yang diadakan selama tiga tahun, dari tahun 2010 hingga 2012. Pada bahagian bawah duit syiling pula tertera perkataan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia.

     
  2. Bahagian Belakang Duit Syiling

    Pada bahagian tengah duit syiling dipaparkan logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai menggambarkan penglibatan Malaysia dalam Persatuan Sedunia ini. Perkataan Bank Negara Malaysia, iaitu pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling peringatan ini, dipaparkan pada bahagian atas duit syiling, manakala nilai muka duit syiling tertera pada bahagian bawahnya.
Reka bentuk lengkap duit syiling peringatan ini terdapat dalam Lampiran II.
 
Lokasi Jualan

Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual pada 30 Mei 2012 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK), Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, dan pejabat wilayah dan cawangan Bank Negara Malaysia di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.
 
Bank Negara Malaysia
29 May 2012