SOALAN LAZIM


1. Apa tujuan Kumpulan Pengakap Taman Tun Dr Ismail ini ditubuhkan?
Untuk menyediakan satu platform kepada warga Taman Tun Dr Ismail yang berminat dengan kepengakapan serta menjalin silaturrahim, berkongsi ilmu dan berkongsi pengalaman sesama warga Taman Tun Dr Ismail. Juga beriltizam memberi ilmu dan mendidik ahli-ahli pengakap sebagai generasi pemimpin masa depan yang lebih berdisiplin, berketerampilan, bertanggungjawab, amanah dan bersifat kendiri.

2. Adakah kumpulan ini berdaftar dengan mana-mana pertubuhan yang sah di sisi undang-undang?
YA, kumpulan ini sah berdaftar dengan Persekutuan Pengakap Malaysia.

3. Kenapa kumpulan ini dinamakan Kumpulan Pengakap Taman Tun Dr Ismail?
Kerana kumpulan ini ditubuhkan dan beroperasi di Taman Tun Dr Ismail, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

4. Apa bezanya kumpulan ini dengan kumpulan pengakap yang lain?
Kumpulan Pengakap Taman Tun Dr Ismail didaftarkan sebagai KUMPULAN PENGAKAP TERBUKA. Kumpulan ini boleh mendaftar dan melatih ahli-ahli pengakap yang terdiri daripada Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana. Kumpulan pengakap lain kebanyakkannya tertumpu kepada satu-satu kategori sahaja.

5. Adakah kumpulan Pengakap Taman Tun Dr Ismail ini mempunyai Jurulatih Bertauliah?
YA.

6. Siapa yang boleh menyertai kumpulan pengakap ini?
Semua Warga Negara Malaysia yang berminat dengan kepengakapan, bersetia dengan lafaz Ikrar Pengakap, lelaki dan perempuan, berumur 8 tahun 6 bulan ke atas.

7. Saya bukan pemastautin di Taman Tun Dr Ismail ataupun di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Bolehkah saya mendaftar sebagai ahli Kumpulan Pengakap Taman Tun Dr Ismail?
BOLEH, asalkan berminat dan bersetia dengan lafaz Ikrar Pengakap.


8. Saya sudah berdaftar sebagai ahli pengakap di sekolah saya. Bolehkah saya mendaftar lagi untuk menyertai kumpulan ini?
BOLEH, dengan kebenaran Pemimpin Pengakap sekolah anda.

9. Saya sudah berumur 58 tahun dan tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan pengakap sebelum ini. Sekiranya saya berminat, bolehkah saya mendaftar dan menyertai kumpulan ini?
BOLEH, asalkan berminat dan bersetia dengan lafaz Ikrar Pengakap.

10. Berdasarkan soalan di atas, adakah saya perlu mengikuti apa-apa aktiviti untuk melengkapkan skim lencana pengakap?
Skim Lencana Pengakap hanya untuk ahli yang berumur 30 tahun dan ke bawah sahaja.

11. Adakah saya perlu mengikuti setiap aktiviti yang dianjurkan selepas mendaftar sebagai ahli?
Mengikut kemampuan masing-masing. Tiada paksaan.

12. Berapa bayaran yang ditetapkan?
RM20 setahun termasuk Yuran Pendaftaran dengan Persekutuan Pengakap Malaysia dan Sumbangan Ahli kepada tabungan kumpulan.

13. Bagaimana cara untuk saya menyertai Kumpulan Pengakap Taman Tun Dr Ismail?
Muat turun borang yang boleh didapati di SINI. Isi lengkap borang tersebut dan serahkan berserta bayaran yang ditetapkan kepada Setiausaha.