Tuesday 1 May 2012

SKIM LENCANA PENGAKAP RAJA


Lencana-lencana Kemajuan Pengakap Muda
1. Lencana Keahlian
2. Lencana Usaha
3. 2 Lencana Kegemaran
4. Lencana Maju
5. 3 Lencana Pengetahuan
6. 3 Lencana Perkhidmatan
7. Lencana Jaya

*Nota*
Lencana Ahli Berkhemah bagi Lencana Pengetahuan dan Lencana Ahli Pertolongan Cemas wajib didapatkan.

Setelah mendapat Lencana Jaya seseorang Pengakap Muda akan dianugerahkan Rambu Pengakap Muda setelah memenuhi syarat-syarat tertentu.

Lencana-lencana Tertinggi Pengakap Remaja
1. Lencana Jayadiri
2. Lencana Kemahiran
3. Lencana Kegiatan
4. Lencana Ekspidisi
5. Lencana Perkhidmatan

Setelah mendapat 5 lencana Pengakap Remaja, seseorang Pengakap Remaja akan dianugerahkan Rambu Pengakap Remaja setelah memenuhi syarat-syarat tertuntu.

Ke Arah Mendapatkan Anugerah Pengakap Raja

 
Setelah dianugerahkan Rambu Pengakap Muda dan Rambu Pengakap Remaja, seseorang Pengakap akan menduduki Ujian Sikap Pengakap Raja yang akan berlangsung selama 5 hari dan 4 malam. Ketika Ujian Sikap Pengakap Raja, sesesorang Pengakap akan dinilai sikap dan teladannya di mana seseorang Pengakap itu akan berkhemah, membuat khidmat masyarakat dan membuat ekspedisi.

Setelah lulus Ujian Sikap Pengakap Raja, seseorang Pengakap akan melalui peringkat terakhir iaitu Pentarafan Pengakap Raja. Semasa Pentarafan Pengakap Diraja, seseorang Pengakap akan diuji semua aspek berpangakap. Seseorang calon perlu membina satu tapak perkhemahan secara berseorangan serta diuji dalam bidang masakan rimba, pemetaan, simpulan & ikatan, projek perintis, kawat dan pertolongan cemas.