Monday, 30 April 2012

KESIHATAN DAN KESELAMATAN DIRI

KESIHATAN DAN KEBERSIHAN BADAN

Menjaga Kebersihan Kaki dan Tangan

  • Penjagaan kebersihan kaki dan tangan adalah sangat penting supaya tidak dihinggapi penyakit.
  • Kamu mestilah membasuh tangan pada setiap kali sebelum menjamah makanan dan selepas makan.
  • Tangan yang tidak dibersihkan mempunyai kuman dan kotoran.
  • Kuman dan kotoran ini boleh menyebabkan berbagai penyakit, seperti sakit perut, keracunan makanan dan cirit birit.
Menjaga Kebersihan Kuku
  • Menyimpan kuku yang panjang akan menyebabkan kekotoran melekat pada kuku.
  • Setiap ahli pengakap tidak dibenarkan menyimpan kuku yang panjang.
  • Memotong kuku jari tangan mestilah berbentuk bulat manakala memotong kuku jari kaki haruslah berbentuk lurus.
Menjaga Kebersihan Gigi
  • Mulut merupakan pintu masuk bakteria yang paling utama.
  • Sebahagian makanan kecil akan melekat dicelah-celah gigi dan menyebabkan kuman masuk di celah gigi dan membiak dengan cepat.
  • Setiap orang mestilah membersihkan gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
  • Setiap orang mesti berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.
Menjaga Kebersihan Rambut
  • Pengakap harus menjaga rambut agar sentiasa kemas dan bersih.
  • Mencuci rambuh mestilah sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Jika rambut kamu berkutu atau berkelemumur, gunakan ubat atau syampu yang sesuai untuk mengatasi masalah itu.
Menjaga Pernafasan
  • Kebersihan sistem pernafasan harus dititikberatkan oleh setiap orang.
  • Bulu-bulu hidung dapat memerangkap dan menjaring kekotoran yang berada di udara sebelum memasuki paru-paru.
Cara-cara Membersihkan Bilik Mandi dan Tandas
  • Pastikan kamu memakai selipar semasa memasuki tandas.
  • Selepas menggunakan tandas, mesti flush air pada mangkuk tandas.
  • Gunakan bahan-bahan pewangi dan pencuci untuk mewujudkan kesegaran.
  • Bersihkan kaki dan tangan selepas menggunakan tandas.
Pembuangan Sampah
  • Sampah sarap yang terdapat di kawasan rumah mestilah disapu dan dibersihkan.
  • Setiap rumah mesti mempunyai tong sampah.
  • Tin-tin atau kaca yang kosong boleh ditanam di sekitar rumah bagi mengelakkan kecederaan.
LANGKAH-LANGKAH MEMAKAI KASUT YANG BETUL
  • Pastikan saiz stokin dan kasut sesuai dengan kaki.
  • Pastikan kaki, stokin dan kasut ---- bersih dan kering.
  • Periksa bahagian dalam stokin dan kasut ---- bebas daripada binatang kecil atau bahan-bahan yang boleh mencederakan kaki.
  • Pastikan tapak kaki bebas dari sebarang pasir atau habuk.
  • Pakai stokin dan kasut dan ikat tali kasut dengan ketat.
Kepentingan Memakai Kasut dan Selipar
  • Kamu mesti memakai kasut atau selipar semasa berjalan di atas tanah, sama ada bermain atau berjalan-jalan.
  • Ini membolehkan kaki kamu tidak terdedah kepada kekotoran, bakteria dan cacing.
  • Kasut hendaklah dibersihkan tiga kali seminggu agar sentiasa bersih dipakai.
JENIS-JENIS PENYAKIT KULIT YANG BERJANGKIT

Penyakit kulit sering menyerang pada tempat yang boleh dilihat seperti di muka, lengan dan kaki. Bahagian tersebut akan berasa sakit/gatal.
Kurap : sejenis bakteria yang boleh hidup pada kulit
manusia.

  • Kudis Buta : kulit akan terasa gatal. Penghidap penyakit ini akan
  • berasa gatal dan menggarunya dengan kuat sehingga kulit terluka.
  • Kayap Air : berpunca daripada kulat dan menyerang bahagian
  • kulit. Ia akan menyebabkan jari kaki gatal-gatal dan menggelupas.
  • Panau : sejenis kulat yang hidup pada lapisan kulit manusia.
  • Ia akan menyebabkan terbentuknya tompokan.
  • Jerawat : penyakit kulit yang menyerang muka dan leher
  • kanak-kanak.
  • Bisul : jangkitan bakteria yang menjadikan bengkak berisi
  • nanah.
SEBAB-SEBAB BAHAYA BERMAIN BAHAN LETUPAN
 
  • Boleh menyebabkan kebakaran rumah.
  • Boleh mendatangkan kecederaan pada tubuh badan atau kematian.
  • Mencemarkan alam sekitar.
  • Boleh memusnahkan harta benda.
 Contoh Bahan Letupan
  • Mercun
  • Meriam Buluh
  • Bom
BAHAYA BERMAIN MATA PISAU
  • Kita dilarang bermain dengan mata pisau kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan kepada tubuh badan jika tidak digunakan dengan berhati-hati atau menggunakan secara cuai.
  • Menggunakan mata pisau haruslah dengan pengawasan orang yang lebih dewasa.

MENGGUNA DAN MENJAGA PISAU KECIL
 
Kanak-kanak tidak seharusnya bermain dengan pisau kecil kerana boleh mendatangkan bahaya dan kecederaan. Jika perlu menggunakannya, kanak-kanak perlu menggunakannya dengan berhati-hati dan dengan pemantauan orang dewasa. Pisau yang hendak digunakan haruslah tajam dan tidak berkarat. Selepas digunakan, pisau hendaklah dibersihkan dan disimpan di tempat yang selamat.