Peraturan-peraturan Semasa Menunggang Basikal
1. Sebelum menunggang basikal, pastikan brek, lampu hadapan, lampu merah belakang dan loceng boleh digunakan.
2. Sebelum belok basikal ke kanan atau ke kiri, atau ke belakang, hendaklah memandang ke belakang, dan kemudian beri isyarat.
3. Jika tunggang ramai-ramai, tunggang dalam satu baris.
4. Guna lorong basikal, jika ada.
5. Kedua-dua tangan mesti pegang pemegang (hendal) dan kaki pada pengayuh basikal (pedal).
6. Fahami dan ingat isyarat jalan raya.
7. Apabila berhenti, gunakan brek belakang, perlahan, dan brek hadapan kemudiannya.
8. Beri jalan kepada kenderaan yang besar dan patuh pada isyarat lalu lintas.
9. Sentiasa menunggang basikal di sebelah kiri jalan.
Perkara-perkara Yang Menyebabkan Kemalangan Semasa Berbasikal
1. Menggunakan basikal yang tidak sempurna keadaannya. Misalnya brek, lampu, dan sebagainya, tidak boleh berfungsi.
2. Tidak memberi isyarat jelas semasa memulakan tunggangan, sewaktu membelok atau memberhenti basikal.
3. Membawa penumpang atau benda-benda yang boleh mengganggu imbangan semasa menunggang basikal berkenaan.
4. Menunggang dan mengikut kenderaan lain pada jarak yang dekat.
5. Menunggang dan mengikut kenderaan lain di jalan raya yang sibuk dan sempit.
6. Membawa haiwan semasa menunggang basikal.
7. Bergurau atau bercakap-cakap semasa menunggang di jalan raya yang sibuk.
8. Memotong atau melintasi celah-celah kenderaan lain.
9. Menunggang basikal yang tidak sesuai saiznya dengan penunggang.
Contohnya, menunggang basikal yang terlalu besar atau terlalu kecil.
10. Pemegang (hendal) dan tempat duduknya tidak sesuai dengan penunggang.